Friday, July 8, 2011

Bil Hospital

Dlm entry kalini, aku nak berkongsi tentang bayaran hospital yg harus ditanggung bg skim FPP di Hospital Putrajaya. Aku harap perkongsian ini amat berguna kpd para ibu-ibu hamil lain yg sedang mencari info tentang FPP ni…walaubagaimanapun setiap org mungkin tidak sama bayarannya kerana bergantung kpd rawatan dan ujian lab yg dikenakan mungkin berlainan jenis. Bagi kes aku, aku mmg sejak dulu lagi (previous pregnancies) ada ANEMIA dan yg terbaru ialah GBS positif.




Appointment #1 dgn Dr Hamidah (31 minggu)


Berat = 56kg


HB = takde ambik (pelik le kalau kat klinik desa atau KKIA everytime pegi mesti check HB)


Tekanan darah = 97/60


EFW=2.1 kg





Doktor Hamidah check my red book. Skali tengok je dia dah perasan sesuatu yg tak kena. Kat bahagian MASALAH PERUBATAN IBU, nurse kat klinik desa tick semua penyakit..Diabetes, Darah Tinggi, Alergi, Asma, Sakit Jantung, Tibi, Lain-lain…semua dia tick??aku pun tak perasan hahhahaha.



Report kat Dr Hamidah abt vagina discharge yg byk, so Dr Hamidah buat HVS test (high vaginal swab). Next appointment boleh tahu result.



Bilnyaaa..























Consultation fee


= RM100 (1st appointment only, next appointment RM60)


FPP registration fee


= RM10 (next appointment takde dah)


Lab charges


= RM30


Sebiji ubat (insert into vagina)


= RM4.50


Obstetrical Procedures ultrasound screening


= RM51



TOTAL


RM195.50




Boleh tahannnn..






Appointment # 2 (33 minggu)


Berat = 57.1kg


HB = takde ambik jugak


Tekanan darah = 104/61


EFW= 2.4 kg



Dr Hamidah tengok ada sedikit pucat, so dia request for blood test yg dipanggil FBC (full blood count). Adoi cucuk le lagi..seb baik nurse pandai cucuk..



Dan bilnya..

















Consultation fee


= RM60


FBC test


= RM60




TOTAL


RM120

















Yeay..bleh tahan jugak huhuhu



Oh berkenaan dgn HVS test 2 minggu lepas..doktor kata aku ada GBS positive (Group B streptococcus). Ni le first time aku dengar pasal GBS ni..doktor kata time nak bersalin nanti aku akan diberi antibiotic dan baby pulak kena masuk NICU utk pemantauan..uiks..mcm bahaya je bunyinya tapi Dr Hamidah terang kat aku mcm bersahaja je..mcm takde bahaya sgt. Dia kata common case…so aku balik rumah mula godek2 mr google mencarik apakah benda alah GBS ini..alhamdulillah aku dah faham..Aku dikira sebagai pembawa bacteria GBS. Tidak merbahaya kpd ibu tetapi boleh jadi sgt2 bahaya pd baby yg akan dilahirkan. Kadang2 si pembawa tak tahu pun dia ada GBS dan both mom n baby takde masalah apa2..ada jugak yg membawa masalah.. Kata org..semuanya kira nasib je la..


Bahayanya tu adalah semasa proses bersalin di mana bila air ketuban dah pecah, bacteria ni boleh jangkiti system darah, paru2 baby dan mcm2 lagi..kalau tak diberi antibiotic, ada kemungkinan baby akan meninggal..kalau tak pon baby bleh jadik cacat atau tidak sihat..walaubagaimanapon jangkitan itu peratusnya sgt rendah..


Nak tahu lebih lanjut, baca sini..




Appointment #3 (35 minggu)


Berat = 57.5kg


HB = 9.4 (hasil ujian FBC)


Tekanan darah = 103/62


EFW= 2.9 kg



Dr Hamidah kata hasil ujian FBC haritu, ada pucat..kena cuba gak mkn ubat tambah darah sbb takut tumpah darah lepas bersalin…haduhhh ni yg masalah ni..bab mkn ubat tambah darah yg sgt2 sengsara. Then Dr Hamidah kata kena ambik darah lagi utk Full Blood Picture test..katanya utk siasat kenapa pucat..ayoyoyooyooyo nape le tak buat terus je hari tu..huhuhuhu..ikut je laa..


Dan bilnya:
















Consultation fee


= RM60


FBP test


= RM70




TOTAL


RM130















Yihaaaaa..bayar jgn tak bayar!


Next week Dr Hamidah suruh dtg lagi..huhhuhu





Appointment #4 (36 minggu)



Berat = 59.7kg


HB = takde ambik pun


Tekanan darah = 122/53


EFW= pun Dr Hamidah tak sempat ukur





Appointment sepatutnya harini, jumaat 8 July 2011 tp Hospital Putrajaya call mintak tukar ke hari Khamis sbb Jumaat Dr Hamidah ada hal. So hari Khamis pukul 2 ptg dah register..byr registration dan ada outstanding bill yg minggu lepas..RM30..bil apooo la plak ni..kata receptionist tu..last week ada buat FBP, dan kena byr lg utk blood film?ntah betol ke tak apa yg aku dengar..so byr je laa..harap-harap ni last la aku buat checkup.Harap-harap time checkup seterusnya aku dah branak..


hahaha seb baik le tak amik FPP awal2..kalo tidak jenuh le byr mcm2 test..seb baik test MGTT buat dulu kat klinik kesihatan so free je la..


Menunggu punya la lama sbb Dr Hamidah ada emergency case masuk OT room..ada patient FPP bersalin czer. 2 jam lebih menunggu. Yg tinggal pun hanya patient Dr Hamidah. Dlm pukul 4 lebih baru dpt jumpa Dr Hamidah. Tapi jumpa sekejap jeeee..aduhai maybe sbb dah nak ptg so singkat je temujanji harini.


Dr Hamidah ckp hasil ujian darah, punca aku jadi pucat ialah kurang Iron..(aik??memang ke dah tahu kurang iron tu pasal kena paksa makan iron tablet berbakul2??hehehe adoi le mcm2 le org hospital). Memandangkan pengambilan Sangobion bleh dikatakan sesuai dgn badan aku..maka aku disaran teruskan makan Sangobion sebijik pagi sebijik ptg…So kena le beli lagi Sangobion..


Dr Hamidah jugak bgtau yg incase aku terbersalin awal, means maybe doctor pakar lain yg akan sambut baby sbb dia bercuti from 11 July – 20 July..(pulokkkkk!!).. Dr Hamidah Tanya ok kan kalau doctor laki yg ganti..Err aku nak ck papa lg kan??So dia kata apa2 hal Dr Hazim akan ganti..huuuhuhuhu..Babyyy jgn kuar dulu yee..kuar lepas 20 July tau..


Dan bilnya:
















Consultation fee


= RM60


Outstanding bil for FBP test (blood film ke ape ntah kata cashier tu..last week ckp RM70 jek..ni kena tambah lg)


= RM30




TOTAL


RM90


















Aku mmg harap2 ni last aku dtg utk appointment..tapi Dr Hamidah suruh dtg lagi 19 hb July dan jumpa Dr Hazim…hmmmmmmmmmm tengok le camne..asyik nak cuti jek payah gak ni..







0 comments:

Post a Comment