Sunday, July 17, 2011

38 weeks

Semalam, 17 Julai 2011 genap kandungan ku 38 minggu..Hmm aku masih ingat sewaktu pregnantkan si kakak Fiya pd tahun 2006..aku bersalin tepat masuk 38 minggu..(14 hari awal) dan si abang Ammar pd tahun 2008 pun awal jugak..15 hari..This time nampaknya baby 'Adam' ni agak leka dlm perot mummy ni..masih seronok membuat ombak dan melenyek2 pundi kencing mummy kat dlm ni.


Esok kerja..kalau ikutkan my latest plan, esok merupakan hari terakhir kerja sebelum aku ambil maternity leave. Kalau ikutkan duedate bersalin ialan on 30th July..tapi disebabkan rasa dah tak larat badan di samping sakit urat peha yg makin menegang (sakit sampai jalan pun mcm robot dan tak boleh angkat kaki) maka hubby suruh aku cuti awal. Kenapa tak terus cuti esok je kan?Sebab esok nak kena handover final job kat someone before aku cuti pjg..harap2 baby pun kluar dlm tempoh terdekat, if not rugi le cuti aku huhuhuhhu..(harap-harap lepas 21hb Jul baru keluar sbb by that time Dr Hamidah dah masuk keje balik).



Tadi ptg..my hubby telah menunaikan permintaan yg dah lama aku nak sepanjang tempoh kehamilan ni iaitu makan asam laksa di Mark's Asam Laksa. Taktau le kenapa aku teringin gila nak makan asam laksa si Mark tu..dan kebetulan mmg favorite hubby ku jugak. Actually kitaorg dulu dr bujang sampai beranak pinak mmg suka makan kat Mark's Asam Laksa di OU. Cuma last time kami pergi kedai tu dah tutup. We all ingat kedai dah pindah ke tempat lain tapi rupanya selama ni dorang just tutup for renovation. Luckily today pegi sana tengok kedainya masih berada di lokasi lama. Alhamdulillah makan berselera betol!! So lepas ni takde la alasan nak kata kempunan tak dpt makan sbb akhirnya berpeluang makan sebelum bersalin. Lepas makan kami balik..tak larat aku nak jenjalan lama2 kat OU tu..jalan sikit kena duduk, pantang nampak bangku hehehe..maybe that was my last outing to shopping complex kot...serius dah tak larat!! Lepas ni apa2 brg nak dibeli akan ku beli secara online saje atau suruh org belikan..



Ada ke brg2 yg belum dibeli??Adeeeee..nanti aku buat wishlist in next entry...utk harini sampai sini je..bye!

Friday, July 15, 2011

Beg Hospital

Salam..

Aku masih ingat time ngandung anak pertama dulu..seawal 7 bulan aku dah siapkan beg hospital, sama jugak ngan anak kedua..tapi yg ketiga ni agak slow heheh..sikit-sikit brg aku packing. Dan kalini aku asingkan beg utk dibawa ke labour room serta beg utk masuk ward. Beg utk ke labour room tu je la dulu aku completekan, dan simpan dlm kereta. Isi kandungannya simple je..kalau dulu bwk brg mcm2 tapi apa sgt je pun yg nurse ambik utk dipakaikan pd baby..of course le yg basic je kan??nak berhias-hias tunggu le lepas tu..


Apa yg ada dlm ‘labour bag’?


Utk Baby:






  • Baju, mittern n booties serta topi ~ jenis Pureen Pride ‘N’ Joy Newborn Petite (utk baby size kecik..dulu masa Ammar lahir pun pakai baju mcm ni baru comel..fit his body).

  • Huggies newborn

  • Swaddle blanket yg mak aku jahit sendiri ~ pattern dia aku ambik drp internet..

  • Receiving Blanket

  • Bedak baby

  • Minyak telon

  • Barut baby


DAN




  • 2 botol besar Johnson Baby Oil ~ gunanya adalah utk mandikan baby buat kali pertama (rasanya kat Hospital Putrajaya je kot yg request baby oil ni..menurut nurse, darah dan minyak2 yg melekat kat badan baby masa dilahirkan lebih senang dicuci menggunakan baby oil..pastu baru dorang mandikan ngan air kot?)




Utk Mummy:


Takde benda sgt yg nak dibwk..baju pun takyah..just:~




  • Stokin

  • Maternity Pad

  • Disposible Panties

  • Face Towel

Tu je kot yg penting pun..dan maybe nanti seludup air mineral botol kecik..biasanya nurse tak bg minum..kalau bg pon sesedut (straw) je la..



Brg2 tu aku bungkus dlm plastik dan masuk dlm beg..simpan dlm kereta..Done!!







Yg tak abis2 nak dicompletekan ialah beg utk masuk ward..beg baby settle..beg mummy je yg tak cukup2 brgnya.

Friday, July 8, 2011

Bil Hospital

Dlm entry kalini, aku nak berkongsi tentang bayaran hospital yg harus ditanggung bg skim FPP di Hospital Putrajaya. Aku harap perkongsian ini amat berguna kpd para ibu-ibu hamil lain yg sedang mencari info tentang FPP ni…walaubagaimanapun setiap org mungkin tidak sama bayarannya kerana bergantung kpd rawatan dan ujian lab yg dikenakan mungkin berlainan jenis. Bagi kes aku, aku mmg sejak dulu lagi (previous pregnancies) ada ANEMIA dan yg terbaru ialah GBS positif.




Appointment #1 dgn Dr Hamidah (31 minggu)


Berat = 56kg


HB = takde ambik (pelik le kalau kat klinik desa atau KKIA everytime pegi mesti check HB)


Tekanan darah = 97/60


EFW=2.1 kg





Doktor Hamidah check my red book. Skali tengok je dia dah perasan sesuatu yg tak kena. Kat bahagian MASALAH PERUBATAN IBU, nurse kat klinik desa tick semua penyakit..Diabetes, Darah Tinggi, Alergi, Asma, Sakit Jantung, Tibi, Lain-lain…semua dia tick??aku pun tak perasan hahhahaha.



Report kat Dr Hamidah abt vagina discharge yg byk, so Dr Hamidah buat HVS test (high vaginal swab). Next appointment boleh tahu result.



Bilnyaaa..























Consultation fee


= RM100 (1st appointment only, next appointment RM60)


FPP registration fee


= RM10 (next appointment takde dah)


Lab charges


= RM30


Sebiji ubat (insert into vagina)


= RM4.50


Obstetrical Procedures ultrasound screening


= RM51



TOTAL


RM195.50




Boleh tahannnn..






Appointment # 2 (33 minggu)


Berat = 57.1kg


HB = takde ambik jugak


Tekanan darah = 104/61


EFW= 2.4 kg



Dr Hamidah tengok ada sedikit pucat, so dia request for blood test yg dipanggil FBC (full blood count). Adoi cucuk le lagi..seb baik nurse pandai cucuk..



Dan bilnya..

















Consultation fee


= RM60


FBC test


= RM60




TOTAL


RM120

















Yeay..bleh tahan jugak huhuhu



Oh berkenaan dgn HVS test 2 minggu lepas..doktor kata aku ada GBS positive (Group B streptococcus). Ni le first time aku dengar pasal GBS ni..doktor kata time nak bersalin nanti aku akan diberi antibiotic dan baby pulak kena masuk NICU utk pemantauan..uiks..mcm bahaya je bunyinya tapi Dr Hamidah terang kat aku mcm bersahaja je..mcm takde bahaya sgt. Dia kata common case…so aku balik rumah mula godek2 mr google mencarik apakah benda alah GBS ini..alhamdulillah aku dah faham..Aku dikira sebagai pembawa bacteria GBS. Tidak merbahaya kpd ibu tetapi boleh jadi sgt2 bahaya pd baby yg akan dilahirkan. Kadang2 si pembawa tak tahu pun dia ada GBS dan both mom n baby takde masalah apa2..ada jugak yg membawa masalah.. Kata org..semuanya kira nasib je la..


Bahayanya tu adalah semasa proses bersalin di mana bila air ketuban dah pecah, bacteria ni boleh jangkiti system darah, paru2 baby dan mcm2 lagi..kalau tak diberi antibiotic, ada kemungkinan baby akan meninggal..kalau tak pon baby bleh jadik cacat atau tidak sihat..walaubagaimanapon jangkitan itu peratusnya sgt rendah..


Nak tahu lebih lanjut, baca sini..




Appointment #3 (35 minggu)


Berat = 57.5kg


HB = 9.4 (hasil ujian FBC)


Tekanan darah = 103/62


EFW= 2.9 kg



Dr Hamidah kata hasil ujian FBC haritu, ada pucat..kena cuba gak mkn ubat tambah darah sbb takut tumpah darah lepas bersalin…haduhhh ni yg masalah ni..bab mkn ubat tambah darah yg sgt2 sengsara. Then Dr Hamidah kata kena ambik darah lagi utk Full Blood Picture test..katanya utk siasat kenapa pucat..ayoyoyooyooyo nape le tak buat terus je hari tu..huhuhuhu..ikut je laa..


Dan bilnya:
















Consultation fee


= RM60


FBP test


= RM70




TOTAL


RM130















Yihaaaaa..bayar jgn tak bayar!


Next week Dr Hamidah suruh dtg lagi..huhhuhu





Appointment #4 (36 minggu)



Berat = 59.7kg


HB = takde ambik pun


Tekanan darah = 122/53


EFW= pun Dr Hamidah tak sempat ukur





Appointment sepatutnya harini, jumaat 8 July 2011 tp Hospital Putrajaya call mintak tukar ke hari Khamis sbb Jumaat Dr Hamidah ada hal. So hari Khamis pukul 2 ptg dah register..byr registration dan ada outstanding bill yg minggu lepas..RM30..bil apooo la plak ni..kata receptionist tu..last week ada buat FBP, dan kena byr lg utk blood film?ntah betol ke tak apa yg aku dengar..so byr je laa..harap-harap ni last la aku buat checkup.Harap-harap time checkup seterusnya aku dah branak..


hahaha seb baik le tak amik FPP awal2..kalo tidak jenuh le byr mcm2 test..seb baik test MGTT buat dulu kat klinik kesihatan so free je la..


Menunggu punya la lama sbb Dr Hamidah ada emergency case masuk OT room..ada patient FPP bersalin czer. 2 jam lebih menunggu. Yg tinggal pun hanya patient Dr Hamidah. Dlm pukul 4 lebih baru dpt jumpa Dr Hamidah. Tapi jumpa sekejap jeeee..aduhai maybe sbb dah nak ptg so singkat je temujanji harini.


Dr Hamidah ckp hasil ujian darah, punca aku jadi pucat ialah kurang Iron..(aik??memang ke dah tahu kurang iron tu pasal kena paksa makan iron tablet berbakul2??hehehe adoi le mcm2 le org hospital). Memandangkan pengambilan Sangobion bleh dikatakan sesuai dgn badan aku..maka aku disaran teruskan makan Sangobion sebijik pagi sebijik ptg…So kena le beli lagi Sangobion..


Dr Hamidah jugak bgtau yg incase aku terbersalin awal, means maybe doctor pakar lain yg akan sambut baby sbb dia bercuti from 11 July – 20 July..(pulokkkkk!!).. Dr Hamidah Tanya ok kan kalau doctor laki yg ganti..Err aku nak ck papa lg kan??So dia kata apa2 hal Dr Hazim akan ganti..huuuhuhuhu..Babyyy jgn kuar dulu yee..kuar lepas 20 July tau..


Dan bilnya:
















Consultation fee


= RM60


Outstanding bil for FBP test (blood film ke ape ntah kata cashier tu..last week ckp RM70 jek..ni kena tambah lg)


= RM30




TOTAL


RM90


















Aku mmg harap2 ni last aku dtg utk appointment..tapi Dr Hamidah suruh dtg lagi 19 hb July dan jumpa Dr Hazim…hmmmmmmmmmm tengok le camne..asyik nak cuti jek payah gak ni..







Friday, June 17, 2011

Pilihan Hospital bersalin

Salam..Dah lama tak tulis blog gara-gara bz dan lagi-lagi wireless modem kat rumah dah rosak. Anyway nak bercerita sikit tentang pilihan hospital bersalin.



Anak pertama dan kedua, dua-dua bersalin kat hospital Putrajaya. Takde masalah dan semuanya ok..tapi kenapa kalini mengada2 plak nak pikir bersalin kat lain tempat ekkk???hehehe memang mengada-ngada pun..takpe la kan Daddy kan..pregnancy kalini kurang bertenaga dan sering sakit sana sini..especially anemia yg tak pernah baik..so apa salahnya time bersalin nanti nak selesa sikit..kan kan?Selesa di sini bukannya apa..tapi kalau boleh nak dpt perhatian khusus daripada ‘doktor’, bukan setakat nurse KK atau bidan bersalin..kalau sebelum ni check up kat Klinik Desa, nasihat yg sama aje diberi..(tolong bykkan makan kerang, hati lembu, sayur bayam, tablet iron ni nak tak nak kena makan..-huh aku pun dah bleh hafal skrip nurse heheh tapi apa-apa pun dorang bagus sbb rajin pantau aku nye Hb). Kalau ada special case baru dpt jumpa doctor ..tu pun kena gi KKIA Dengkil, hari yg lain plak dan kena ambik cuti lagi..Walaubagaimana pun memang padan le sbb semua ni kan ke free jadik tak payah byk songeh..nak lebey-lebey sila pergi tempat berbayar!!! Dan itu le yg aku cuba lakukan..utk dpt lebih layanan dan kepuasan..maka duit pun kena lebih leee..both company laki bini takde cover bab maternity..so sendirik tanggung la ye..



After Daddy dah bg green light..aku pun mula rajin buat survey..



Rajin jugak aku surf hospital2 swasta..antaranya Columbia Asia Puchong, KPMC Puchong, Annur dan Azzahra, KPJ Selangor..hmm byk gak tuuu..



Call Columbia Asia Puchong, they don’t have maternity package..tapi dorang ckp roughly kalau bersalin normal is abt RM2700 dan c-sect is abt RM5K..huihhh mana nak cekau duit kalau tetiba kena operate??



Call and visit KPMC Puchong..hmmm hospital ke apa ni??kalau tengok fizikalnya mmg mcm tak confident lorr..in my mind was like..” hmmm dorang ni ada ke backup gen-set if electricity tetiba black out?”..tengok bilik wad pun tak berapa best sgt but that’s not important..yg penting doktornya prihatin ke idak..tapi byk nasihat diberikan supaya JANGAN bersalin di sini..adalah pengalaman yg tak best pernah dorang rasa..Daddy pun tak bagi so kensel le awal-awal..



Annur dan Azzahra kat Bangi..ada yg kata ok dan ada yg kata tak ok..tapi yg pasti terlalu ramai patient dan time temujanji berjam jam baru dpt jumpa doktornya..aku pulak tak berapa nak sgt sbb lokasinya agak jauh dari rumah..aku kalau boleh nak yg dekat-dekat ngan rumah je..



One day teringat yg kat Hospital Putrajaya ada private wing..so aku mula surf..dorang panggil FPPS (Full Paying Patient Scheme)..aku mula discuss ngan husband dan surf info..ada jugak a few moms’ blogs yg aku go through utk dpt lebih pemahaman..moga-moga pilihan aku yg ini yg terbaekk..



Nak dijadikkan cerita, pada ptg 15 Mei 2011 aku mengalami sakit2 di bahagian perut (bukan sakit contraction). Terasa bisa-bisa sampai takleh pegang perut. Makin lama makin teruk. Lepas maghrib Daddy bwk aku ke HPJ..pegi ke emergency tapi disuruh ke labour hall plak. Hmm pegi je la..sampai ke labour hall aku dah takleh berjalan, teramat sakit kat bahagian abdomen. Daddy tolong papah masuk ke labour hall. After register dan serahkan buku merah, aku disuruh baring kat bilik rawatan. Ada doctor lelaki yg agak hensem ambik case aku tapi aku agak cuak tengok ke’blur’an beliau…hooo rupa2nye doctor junior. Aku rasa sakit sesangat,nak sentuh perut pon sakit. Terjerit2 aku kesakitan lg teruk drp sakit nak beranak gayanye. Nurse pasang CTG machine utk tgk contraction. Doctor muda tu kata ada contraction, nurse plak ckp takde contraction lg pun baby aktif sgt sampai mengganggu bacaan CTG..pastu perut pon lembut takde mengeras..dan aku sendiri kata..bukan contraction..saya tahu la mcm mana kalau sakit contraction…tapi doctor muda itu tetap ckp ada contraction..Hadusss mampus le aku kalau disuruh induce ke hape ke..baru 7 bulan niiii..



Tiba-tiba dtg sorang lg doctor..doktor pompuan dan dia ialah doctor senior.Dia tanya aku boleh bangun tak?Aku ckp takleh bangun.Doktor tanya lagi..takleh angkat punggung ye?Ha ahhh la doctor..langsung takleh angkat. Hmmmmm..ni gastric ni..Huih terror kan doctor ni..soal siasat mcm tu pun dah tau apa sakitnya dan mmg betol le..gastrik nye penangan!!Doktor surun nurse bg injection tru drip dan mkn ubat gastric (cecair putih tu..). Lepas sejam diberi ubat, aku dah bleh bangun dan perot langsung ilang sakitnya. Alhamdulillah..Lepas balik drp hospital, aku nekad nak ambik FPP..supaya aku dipantau oleh seorang doctor pakar..taknak le dipass2 ke doctor2 yg berlainan.





The next day, pegi register utk FPP. Kena buat appointment utk jumpa doctor. Dan aku telah memilih doctor Hamidah. Appointment aku yg pertama dgn Dr Hamidah ialah 1 Jun 2011..Sehingga harini dah 2 kali aku buat checkup dgn Dr Hamidah dan aku berpuas hati dgn layanan beliau..Cuma kena kluar duit lebih sikit la yeeee..huhuhu apa nak buat..sendiri mau pandai2 le tanggung..



Sempat gak aku meninjau bilik ward executive di tingkat 5 khas bg yg ambik FPP..






Pintu masuk ke Executive Ward..nak masuk kena tekan loceng..







Ni bilik double bed kalau tak silap..tak berapa nampak













Tak sempat nak masuk ke dalam bilik..sbb sunyi takde org..nanti kena marah ngan nurse kang naya jek hahhaha..balik la dulu..









Monday, May 16, 2011

Expo Mom & Baby 2011




Expo yang dinanti-nanti! Gara-gara bz dan juga sbb kurang sihat, harini baru dpt nak update akan event yg dinanti-nanti..


Expo ni mmg best. Memula tu plan nak gi expo ni ngan x-classmate Pn Maizura Mansor sbb kami sama2 nak usha CD kot ada sale..planning ialah hari Ahad 8hb, sbb Sabtu sahabatku ini ada skolah ganti. Tapi malangnya sahabatku pulak tak sihat, maka aku terjah ke expo bersama hubby pd hari Sabtu 7hb..perghhhhhhhh pukul 10.30 pg org dah ramai beb!!

Memula tgk org ramai beratur utk register so dpt goodies bag..tapi sbb aku dah register online, maka aku terus dpt goodies bag tanpa beratur pjg..Skali tgk goodies bag dia...pergh best jugak..









(brochures and gifts yg ada dlm goodies bag)


Aktiviti mmg best tp aku memang tak larat nak tengok, yg penting nak beli brg2 yg ada dlm list aku (list yg telah dibuat sekian lama)..lagipun rimas tengok ramai org. Ada yg bwk anak2 (kalau aku mmg sengaja tak bwk anak2..kalau bwk sure lg penat dan susah nak survey brg), ada yg hilang anak..ada yg anak meragam..tido dan mcm2 lagi..Midvalley yg sejuk tu pun bleh jadik panas..


Rasanya dlm 3 jam jugak kami kat situ. Booth kegemaran semestinya Fabulous Mom. Niat asal nak beli CD FM tp stok takde, kalau nak kena pegi kat kedai..arghh malas le plak. So beralih ke pilihan kedua iaitu AutumZ..harap2 berbaloi beli. Pn Maizura juga telah mengirim sejumlah wang utk beli CD..Booth AutumZ pun best..nursing blouse dorang cantik2..sempat rembat sehelai hehehe..

Selain itu kami agak asyik di booth Pureen. Actually takde dlm list dan takde bajet tp terbeli jugak utk anak2 kat rumah..(byk betol cenderahati kecik2 yg diberi)


Expo kalini ada byk syarikat blood stem cell..kalau dulu yg glamer ialah StemLife, skrg mcm2 yg wujud..aku pon ada impian utk 'bukak akaun' kat bank ni tapi masih belum berkemampuan..rasa2nya kena menyimpan dari skrg utk capai impian ini bila mengandungkan anak ke empat nanti..(huhuuhuhuhu ntah2 yg ni last)

Yg paling merimaskan di Expo ini ialah geng-geng Grolier (hehehhe maap ye org Grolier)..mmg agak terganggu sbb kita nak tinjau2 brg tp terganggu dek penerangan yg kita dh tolak elok2 tp masih jugak nak bg ceramah..kalau dulu pernah beli brg dorang sampai beribu riban (byk lg buku Grolier kat rumah yg anak2 aku belum boleh baca lg)..kali ni dorang kempen suruh ambik brg lain plak...ahh takde takde..

Nasib baik hubby ikut..dpt le tolong bwk semua brg2 yg diborong. Alhamdulillah semua brg under bajet sbb byk barang diberi harga diskaun..Kalau tgk org lain rasanya lg byk brg yg diborong, ada yg borong brg2 besar spt tilam, katil baby, stroller dan mcm2 lagi yg tak diperlukan oleh aku sbb maklumla dah ada semua tu..yg belum ada ialah Nursing Pillow tp tak beli jugak sbb aku plan nak cuba buat sendiri hehehehe..

Masa kami nak balik, ramai lg org yg baru sampai..ada yg sanggup tunggu sampai pukul 9 mlm utk cabutan bertuah, sungguh bersemangat mereka ni..harap2 mereka bertuah. Sampai kat parking, kami jadik seperti 'superstar'..jadik tumpuan org2 yg terdesak mencarik ruang parking hahahha..spt paparazi mereka follow..tp sorry for sure la cuma satu kereta bertuah shj yg akan dpt ruang parking kami..

Balik rumah, tak sabar nak membelek2 apa yg aku dpt drp Expo Mom & Baby 2011..So inilah dia..


Jingle Jungle bottle sterilizer, steam sterilizer bag dan breastmilk storage bag~beli kat Booth Fabulous Mom..harganya..wahhh 20%-50% discount!!




Tujuan utama ke Expo ialah nak beli benda alah ni le CD..cap AutumZ hehehe





Satu bag utk Pn Maizura (kaler pink byk sbb katanya baby nanti baby girl)..satu bag utk baby boy ku..Beli jugak sabun CD utk testing2 dulu..harga CD..woww mmg diskaun best!! Nursery blouse diskaun sikit je tp kurang2nya ada gak diskaun..hehehe












Seterusnya brg2 yg beli kat Pureen..seronok abg ammar dpt berus gigi baru.











Singgah sebentar di booth MyBBStore..takde dlm list tp sbb lebih murah drp harga online..beli je laaaaaaa







Ni kotak utk isi brg2 baby (takde dlm list jgk)..beli kat booth Simple Dimple. Mula2 dah beli 2 kotak masa branded warehouse sale Cyberjaya..then bila tgk kat Expo lg murah..beli lg 2 kotak..cukup la buat isi brg2 baby buat masa ni



Disebabkan baju ni terlalu cute dan kecik, terus beli satu..bukan senang nak dpt baju kecik mcm ni..lagipun selalunya anak2 aku yg baru lahir sizenya mmg kecik sgt, kalau pakai size newborn mmg besar..





Tu je laaa yg aku borong kat Expo..cukup le ngan bajet ciput aku hehehe..kalau ikutkan mmg blum complete lg tp yg lain2 tu bleh beli lain kali pulak..

Hmmm aku kena simpan duit lg utk Expo yg akan dtg..rasa2nya bulan November nanti ada lg Expo kat Mid Valley ni tapi anjuran org lain pulak...yg penting kalau ada booth Fabulous Mom, AutumZ, MLO dll pastinya aku akan berkunjung lg..

Wednesday, April 20, 2011

Projek diaper cake lagi!

Pagini dpt tahu bhw kawanku Anie telah pun sakit2 nak bersalin..semoga selamat Anie dan baby. Alamak diaper cake project utk baby baru ni belum buat?Ada gayanya mlm ni aku tidor lambat utk siapkan daper cake..harap2 ada idea best!Dan harap2 anak2 tak kacau. Kebetulan semlm aku dah shopping riben yg mcm2 jenis..tapi ada gak lg brg yg tak cukup utk buat diaper cake. Tengok le kalu sempat kang singgah kat butik baby..Hmm plan nak gi Fabulous Mom tp bila memikirkan nak kena U-Turn dan bila nak balik rumah kena U-Turn lg dgn jln bersesak..rasa2 tak jadik kot. Geram plak bila semua kedai2 baby (FabMom, Twin Baby dan Baby Sense) berderet kot sebelah sana. Seksa kalu nak pegi time balik keje. Time nak pegi keje plak kedai blum bukak...Hmm maybe bleh try pegi Baby Twinkle..belum pernah gi sana cuma pernah lalu jek..nak parking susah tu yg malas!

Buat Anie..semoga selamat melahirkan anak.

Sunday, April 17, 2011

Aku gilakan Diaper Cake



Makin lama makin meluap2 kegilaan terhadap diaper cake..so buat kali pertamanya aku cuba buat sendiri diaper cake ni..saje suka2..kalau menjadik nanti nak bg kat baby kwn hubby aku..
Hmmm tgh kumpul idea utk baby2 kwn2 yg lain..mana tahu lama2 bleh buat bisnes kan?

Ni le rupa diaper cake hasil kerja satu hariku..penat2 buat pastu pagi ni sekelip mata diruntuhkan oleh anak dara bertuah ku..huuuhuhu kena ejas2 balik kasi lg cantik..