Sunday, July 17, 2011

38 weeks

Semalam, 17 Julai 2011 genap kandungan ku 38 minggu..Hmm aku masih ingat sewaktu pregnantkan si kakak Fiya pd tahun 2006..aku bersalin tepat masuk 38 minggu..(14 hari awal) dan si abang Ammar pd tahun 2008 pun awal jugak..15 hari..This time nampaknya baby 'Adam' ni agak leka dlm perot mummy ni..masih seronok membuat ombak dan melenyek2 pundi kencing mummy kat dlm ni.


Esok kerja..kalau ikutkan my latest plan, esok merupakan hari terakhir kerja sebelum aku ambil maternity leave. Kalau ikutkan duedate bersalin ialan on 30th July..tapi disebabkan rasa dah tak larat badan di samping sakit urat peha yg makin menegang (sakit sampai jalan pun mcm robot dan tak boleh angkat kaki) maka hubby suruh aku cuti awal. Kenapa tak terus cuti esok je kan?Sebab esok nak kena handover final job kat someone before aku cuti pjg..harap2 baby pun kluar dlm tempoh terdekat, if not rugi le cuti aku huhuhuhhu..(harap-harap lepas 21hb Jul baru keluar sbb by that time Dr Hamidah dah masuk keje balik).



Tadi ptg..my hubby telah menunaikan permintaan yg dah lama aku nak sepanjang tempoh kehamilan ni iaitu makan asam laksa di Mark's Asam Laksa. Taktau le kenapa aku teringin gila nak makan asam laksa si Mark tu..dan kebetulan mmg favorite hubby ku jugak. Actually kitaorg dulu dr bujang sampai beranak pinak mmg suka makan kat Mark's Asam Laksa di OU. Cuma last time kami pergi kedai tu dah tutup. We all ingat kedai dah pindah ke tempat lain tapi rupanya selama ni dorang just tutup for renovation. Luckily today pegi sana tengok kedainya masih berada di lokasi lama. Alhamdulillah makan berselera betol!! So lepas ni takde la alasan nak kata kempunan tak dpt makan sbb akhirnya berpeluang makan sebelum bersalin. Lepas makan kami balik..tak larat aku nak jenjalan lama2 kat OU tu..jalan sikit kena duduk, pantang nampak bangku hehehe..maybe that was my last outing to shopping complex kot...serius dah tak larat!! Lepas ni apa2 brg nak dibeli akan ku beli secara online saje atau suruh org belikan..



Ada ke brg2 yg belum dibeli??Adeeeee..nanti aku buat wishlist in next entry...utk harini sampai sini je..bye!

0 comments:

Post a Comment