Wednesday, April 6, 2011

Cerita Hospital Serdang

Sehari selepas birthday aku, keadaan lemah tak bermaya buat aku dimasukkan ke Hospital Serdang..Sedih dgn nasib ku setiap kali pregnant ini lah yg akan berlaku..

Namun syukur alhamdulillah krn Allah mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan.Di sebalik kejadian aku dimasukkan ke hospital serdang akibat hyperemis dan vomiting, aku menangis kesyukuran krn sakitku tidaklah seteruk org lain di situ.

Pd mlm pertama di wad,aku tak boleh tidur krn terganggu dgn pesakit di katil sblh...asyik muntah kejenya,smpai kembang tekak aku dibuatnya.Dlm hati aku berdoa cepat le pompuan ni kluar hospital.Sepjg mlm dia mengerang, adoi adoi sakitnya..berselang2 muntahnya..aku agak pompuan ni sure kritikal jgk sakitnya..

Di awal pagi keesokkan harinya, dia menyapaku.Bertanya apa sakitku.Aku pun tanya jgk apa sakitnya..hmmm sakit buah pinggang..semlm doktor tak cuci buah pinggangnya atas alasan tak jumpa carik urat..akibatnya dia muntah teruk..Subhanallah..

Sakit buah pinggang berpunca drp sakit kencing manisnya..14thn menanggung sakit kencing manis.

Katanya lg..baru 6 bulan dia kena sakit buah pinggang..dan dlm tempoh tu jgk dia tak sedar yg dia pregnant..cukup kandungan 5 bln,anaknya meninggal dlm perut,so kena induce kasi keluarkan kandungan..itulah..anaknya yg kedua.Anak pertama baru sethn lebih.

Katanya setelah kahwin 6 thn baru dia dpt anak.Tapi sakit alahannya lebih teruk dr aku,dah la sakit kencing manis ketika itu..anak dlm kandungan tak mahu membesar.Doktor kata bila kandungan cukup 1kg,mrk perlu kluarkan anak itu..maka pd usia kandungan 32 minggu, terpaksa dibelah.Baby sgt kecil smpai uratnya putus,dan sebatang jari tangannya luruh..tapi Allah tetap berikannya nyawa utk terus bernafas.Kata ibunya,walau anaknya kecil,tapi sgt aktif.

Aku menjadi insaf mendengar ceritanya..bila dia masuk hospital,anaknya dijaga oleh makcik2nya sekejap kat Bangi skejap kat Seremban..Syukurlah ketika aku kesusahan begini, aku punya ayah bonda dan kakak2 ku ada menjaga anak2ku..Tak lupa..suami yg amat memahami dan menjaga aku dan anak2 tanpa rungutan.

Ya Allah..aku bersyukur atas segala yg Kau kurniakan pdku...terima kasih.

0 comments:

Post a Comment